Print
Category: MEMORANDUMS
Hits: 9164

Isu

 

Kawasan tapak pembinaan merupakan salah satu kawasan pekerjaan yang paling berbahaya di Malaysia. Pada Disember tahun lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata, sebanyak 111 buah kes- kes kemalangan di tapak pembinaan telah dilaporkan dimana 60 buah kes adalah kes maut. Kita juga tidak boleh melupakan bagaimana kelalaian dan kecuaian telah menyebabkan kematian seorang perunding pengurusan di tapak pembinaan di Plaza Damas pada tahun 2006. Sebuah acuan simen dari tingkat tinggi sebuah bangunan yang sedang dibina telah jatuh keatas kereta yang dipandu oleh Liew Boon Horng. Beliau telah maut dihempap oleh acuan simen tesebut.. Setahun kemudian di tapak yang sama , seorang pekerja telah jatuh dari tapak pembinaan dan maut.. Terdapat sebuah lagi kes di Pavilion Kuala Lumpur di mana sebuah gondola yang telah terlebih sarat dengan barangan telah jatuh ke tanah dan menyebabkan seorang rakyat tempatan dan seorang pekerja Myanmar meninggal dunia.

Kita juga telah dikejutkan sekali lagi apabila seorang remaja yang berusia 19 tahun telah meninggal dunia di pusat membeli – belah Berjaya Times Square Jalan Imbi apabila beliau telah jatuh dari tingkat tujuh bangunan tersebut. Remaja tersebut yang mencari tandas telah membuka sebuah pintu yang disangkakan pintu tandas, dan malangya telah jatuh ke dalam lubang yang setinggi tujuh tingkat. Menurut komander Jabatan Bomba Jalan Hang Tuah, kawasan tersebut tidak ada lampu dan mangsa telah terpijak lubang yang disangkakan lantai dan maut di tempat kejadian.

Bahaya di tapak kawasan pembinaan.

Terdapat pelbagai kategori bahaya di kawasan pembinaan.Kita boleh mengkategorikan bahaya sebagai bahaya ke atas pekerja dan bahaya ke atas orang awam. Pekerja- pekerja  di kawasan pembinaan terdedah kepada bahaya yang disebabkan oleh ketinggian, beban, elektrik, motor, objek tajam yang bergerak,lif, bahan- bahan kimia, habuk, bunyi bising, batasan terhad dan lain- lain lagi.
Bahaya kepada pekerja bergantung kepada kerja yang dilakukan oleh mereka. (JKKP) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pemaju, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan banyak lagi pihak dalam industri pembinaan yang memainkan peranan yang penting dalam meminimakan kemalangan dan kematian di kawasan pembinaan dan juga di tempat kerja yang lain. Kami bimbang bahawa statistik yang dikeluarkan pleh JKKP mengenai kemalangan dan kematian yang berlaku di kawasan tapak pembinaan yang mengecualikan data pekerja asing di tempat kerja. Oleh itu, statistik ini mugkin tidak boleh memberikan gambaran yang benar tentang betapa seriusnya kejadian dan kemalangan di tempat kerja. Sesetengah tempat pembinaan tidak dapat menghalang orang awam atau yang bukan pekerja dari melalui tempat di mana kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian sedang dijalankan. Kawasan pembinaan tempat kerja haruslah menyediakan tempat laluan yang selamat untuk lalu lintas orang awam. Bangunan-bangunan yang sering dikunjungi orang awam seperti pusat-pusat membeli – belah tidak dapat menutup keseluruhan bangunan tersebut daripada orang awam jika ada kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa bahagian bangunan tersebut.

Antara keselamatan orang awam yang perlu dipertimbangkan di kawasan – kawasan pembinaan

Kemungkinan berlakunya kemalangan kepada orang awam boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
-    Tempat- tempat awam yang berhampiran dengan tapak pembinaan.
-    Kawasan tapak pembinaan yang berhampiran dengan kawasan tempat kanak- kanak seperti sekolah dan taman permainan.
-    Bilangan dan ciri- ciri bahaya di tapak bina
-    Tempoh kerja di tapak pembinaan
-    Kawasan pemagaran yang dibina sebagai penghalang kepada orang awam untuk memasuki tempat pembinaan.

Selepas selesai kerja di tapak pembinaan setiap hari, kawasan- kawasan di tempat pembinaan tersebut haruslah di pastikan selamat (terutamanya jika kawasan tersebut mudah dimasuki orang awam)

-    Kawasan yang digali di tutup semula pada hari yang sama.
-    Memagari kawasan yang digali, atau kawasan yang mempunyai lubang yang boleh membahayakan
-    Papan tanda amaran yang jelas dan mencukupi –termasuk papan tanda untuk kanak – kanak dan golongan kurang upaya supaya mereka dapat lihat dengan jelas
-    Menutup pintu akses (kawasan pagar)
-    Memastikan terdapatnya pengawal keselamatan jika perlu.
-    Pendekatan dari segi kejuruteraan dan prosedur untuk mengelak orang awam dari memasuki tapak  pembinaan.

Standard keselamatan untuk orang awam semasa operasi pembinaan dijalankan

Panduan untuk keselamatan di tapak pembinaan harus meliputi perkara perkara seperti, mencegah objek- objek yang mudah terjatuh dengan menggunakan penghalang atau jaring, mengawal keselamatan orang awam apabila menggunakan kren, mesin bermotor, tongkang, dan mesin bermotor yang lain, memberi amaran kepada orang awam mengenai bunyi bising dari tempat pembinaan, memastikan tempat jalan untuk orang awan berhampiran kawasan pembinaan adalah selamat untuk digunakan, menyimpan barangan yang berbahaya dengan selamat, menilai dengan teliti tempat yang akan digali, dan menyediakan pelan tindakan kecemasan sewaktu kerja pembinaan dijalankan di kawasan pembinaan.

Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP)

JKKP telah membangunkan garispanduan untuk kesihatan dan keselamatan yang bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan untuk pihak pembangun, kontraktor, jurutera, arkitek, pereka, dan juga pegawai keselamatan dan kesihatan. Salinan garispanduan yang telah dinyatakan adalah  bertarikh 1994 dan JKKP mungkin telah mengemaskinikan versi tersebut.

Panduan tersebut meliputi:
-    Tugas-tugas umum untuk arkitek, jurutera, dan pereka.
-    Papan- memagari bangunan dan kawasan sekitar yang sedang  menjalani pembinaan
-    Pergerakan kenderaan dan trafik
-    Utiliti- pemberhentian/ pemutusan
-    Kerja- kerja perobohan
-    Peletupan dan menggunakan bahan letupan
-    Pembuangan sisa- sisa kotoran dan bahan sisa pembinaan
-    Pengosongan tempat kerja
-    Piling ( penanaman cerucuk)
-    Superstructures- Bahagian bangunan atau struktur yang berada di atas bahagaian bangunan yang berada pada aras tanah.Ini termasuk kerja- kerja  scaffolding
-    Kerja-kerja penghabisan
-    Penempatan sementara untuk pekerja
-    Penggunaan lif dan eskalator

Sekiranya garis panduan tersebut di atas dipatuhi, maka pintu yang menuju ka kawasan pembinaan di kompleks Berjay Times Square tersebut di atas sepatutnya dikunci. Oleh kerana ia tidak sedemikianseorang remaja telah kehilangan nyawa. Pemilik premis tersebut sepatutnya mengambil tindakan sejak awal supaya bahagian yang menjalani pembinaan tersebut supaya ditutup atau dikawal dari dimasuki orang awam.
Dalam kes Dr. Liew (yang disebutkan di atas), hanya  penyelia sub- kontraktor untuk Plaza Damas telah di kenakan tindakan mahkamah. Ada pihak yang menyatakan bahawa bahawa liabiliti mesti dikenakan ke atas majikan dan orang yang menduduki premis kerana penyelia bekerja di bawah arahan dan pemerhatian sub-kontraktor, kontraktor utama, dan pemaju hartanah. Malah, pakar perunding jurutera dan arkitek menjadi sebahagian daripada tindakan kelalaian dan kekacauan (neglience and nuisance).

Harapan Persatuan Penguna- Penguna Standard Malaysia

Kami ingin melihat sektor industri samada industri pembinaan atau pengeluaran dan lain-lain mempunyai peratuan dan kawalan kendiri( self regualtion). Industri pembinaan kini mempunyai ramai pekerja asing dan data statistik untuk kecederaan dan kemalangan yang dialami di tempat kerja tidak merangkumi pekerja asing, malah hanya pekerja tempatan sahaja. Oleh itu, kami meminta DOSH, CIDB dan kedua-dua kementerian di bawah mana mereka beroperasi untuk;
-    Menggunakan kuasa mereka sepenuhnya yang di bawah undang- undang berkaitan dengan tapak- tapak pembinaan dan juga yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pembangun dan pemilik bangunan.
-    Membangun dan mengimplimentasi standard mandatori untuk mengaudit dan menilai prestasi keselamatan di tapak pembinaan. Apabila berlaku ketidakpatuhan yang mengakibatkan kecederaan atau kemalangan kepada orang awam semua pihak termasuk pemilik bangunan dan kawasan tapak pembinaan serta pemaju dan kontraktor semua sekali harus diambil tindakan ke atas mereka. Hukuman maksima seperti di dalam OHSA 1994 dan lain-lain undang-undang berkaitan harus dikenakan kepada semua mereka.

 
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( yang sedang menjalankan pelbagai program pembinaan kapasiti untuk pemaju dan pekerja) HARUS memasukkan beberapa lagi perkara ke dalam program mereka seperti;
-    Hak untuk orang awam dalam mengharapkan keselamatan di tapak pembinaan.
-    Tanggungjawab sosial pihak pemaju dan pekerja ke atas pihak- pihak berkepentingan terutamanya orang awam dan kerajaan.
-    Kos  untuk ketidakpatuhan dan kelalaian- dari segi kajian kes

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan JKKP haruslah bekerjasama dengan organisasi – organisasi ( biasanya yang bukan kerajaan) yang mempunyai kapasiti penyampaian mesej kepadaorang awam yang baik, untuk mepromosikan kepentingan mengenali isu-isu keselamatan dan masalah serta kepntingan untuk mematuhi standard keselamatan bukan sahaja untuk industri pembinaan tetapi juga untuk tempat kerja yang lain. ( seperti hospital, stesen minyak dan sebagainya).

Statistik JKKP haruslah merangkumi kecederaan dan kemalangan yang melibatkan pekerja asing. Data ini tidak termasuk dalam statistik  JKKP. Kita harus sedar bahawa kebanyakkan pekerja yang bekerja di tapak pembinaan adalah pekerja asing. Maka, data mengenai kecederaan dan kemalangan yang dialami oleh mereka juga haruslah di ambil kira dalam statistik. Jika tidak, kita tidak akan mendapat gambaran sebenar tentang betapa seriusnya kes- kes kemalangan di tapak pembinaan. Maka, tindakan yang lebih serius juga tidak dapat diambil.